Thursday, January 21, 2010

photoshoot, katering & Ulang Tahun

at Thursday, January 21, 2010 2 comments
Waaahhhhh…lama sungguh tak menulis di sini. sibuk berjalan ke blog org lain aje. Selalu mmg niat hati nk post entri tp sampai ke sudah, asyik cancel aje nk publish.

Minggu lepas, saya dan MNG telah buat photoshoot pre wedding. Tema? Entahlah. Takde tema yang spesifik pun. Pada awal perancangan kami, nak buat tema alam persekolahan, almaklumlah, kami mula kenal di sekolah menengah, kan…. Tapi bila bincang2 balik, tak jd la nk buat tema high school sweetheart ni (pendapat saya la lagipun jiran saya, Lan Kristal dh buat). Encik Designer di tempat MNG bekerja juga ada mencadangkan satu tema tp tema dia ni kena byk props la pulak. Mcm leceh sket la nak kena sewa benda tu, sewa benda ni untuk dijadikan props . Mungkin ada yang blh pejam mata untuk keluarkan sedikit kos utk pre wedding ni tapi bg pengantin yg bajet mcm kami ni, rasanya kos itu boleh disalurkan untuk urusan lain.

Lgpun utk pre wedding aje. Maka kami telah membuat keputusan utk bertemakan free style aje. (atau sebenarnya takde tema? hahaha) ntahlah, tak tau nk cakap camne tp senang ckp, takde tema pungggg.

Bila Encik jurugambar menghalakan lensa, terus aje memberikan pose dan ada di antaranya candid aje.Hmmm…..sampai rasa mcm kejang jugaklah muka sbb senyum+sengih dalam jangka masa yg agak panjang. Ye lah, dari pukul 9.30 pagi hingga ke 3 petang kami menjalankan operasi ini. Huhuhu. Maklumlah, saya bkn fotogenik pun, fotogedik ada la :)

Terima kasih kpd Encik Jurugambar di atas tawaran untuk buat photoshoot ini. Kata beliau, sesi photoshoot ini merupakan hadiah untuk kami. Terima kasih daun keladi. Patutnya, Encik Jurugambar datang bersama pembantu beliau tapi pada saat akhir pembantu beliau tidak dpt hadirkan diri. Walau berseorangan, beliau tetap komited.Ya, semangat itulah yang kita hendak. Hahaha.

Sampai penuh la memory card Encik Jurugambar pada hari itu. Fuhhh….nasib baik beliau bawak spare. Selesai beliau tukar memory card, saya dan MNG kembali syok sendiri berposing. Hahaha.

Ok, setel satu benda. Sekarang tengah nk pilih gmbr untuk kad kahwin. Pengsan! Sebab? Dari 600 keping gambar, saya dan MNG perlu buat senarai pendek gmbr yg terpilih. Rambang mata dibuatnya.

Hmmm, apa lagi ye? Tok Kadi juga telah ayah saya ‘booking’ untuk tarikh saya itu. Sesi bersama katerer juga telah dilakukan minggu lepas. Puan Katerer itu juga telah datang ke rumah untuk berbincang berkenaan lauk dan melihat tempat bagi meranvang pemasangan kanopi nanti. Tiba-tiba Umi kata, memandangkan saya adalah anak sulung, maka jemputan lebih banyak dari biasa. Umi kata, saya perlu tempah untuk 1500 orang. Hah? Ramainya. Harap2 tak membazir lah ye. MNG juga telah selesai urusan bab menempah catering ni tp dia booking catering lain la.

Kain ela untuk pengapit pun dh beli untuk Yaya. Cuma kain ela untu pengapit belah majlis saya yg akan dipakai oleh ija nanti belum beli. Yaya akan jd pengapit saya di majlis MNG. Baju melayu untuk pengapit lelaki untuk majlis MNG juga belum beli.

Bab barang hantaran pula, telah hampir cukup kesemuanya kecuali Al-Quran, Buku Agama, Kek, dan Buah-buahan. Kalau barang kategori makanan itu akan disempurnakan pada bulan 5 nanti iaitu ketika harinya sudah hampir dengan hari majlis. Bab buku agama tu, kami bercadang membelinya ketika Pesta Buku Bulan 3 nanti. Manalah tau dpt diskaun. Hehehe.

Oh ya, Kursus Kahwin belum pergi lagi daaaa….Seperti yg ada dlm planner kami, pada bulan Februari nanti kami akan pergi kursus kahwin dan selepas itu pastinya sibuk untuk fokus pada penyediaan borang-borang dan dokumen perkahwinan.

Jap, saya selak planner. Nmpknya, semua berjalan spt yg dijadualkan. Alhamdulillah. Ye lah, takut jugak, kan. Maklumlah, persediaan kami bukan lama, 6 bulan aje. Jgn tengok ticker paling atas kat sebelah tu, nanti jd panic.

Bab kompang, kami masih lg belum membuat tempahan pada kumpulan kompang. Ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk contact no kumpulan kompang area Taman Melawati/Hulu Klang/Taman Permata/Lembah Keramat? Saya masih lg terfikir-fikir samada nk guna kompang cd aje atau kumpulan kompang yg boleh pak-pak-kepung-kepung-kepung secara life di hari majlis saya nanti? Saya masih belum membuat sebarang keputusan. Kalau tak dpt kompang life, kompang cd la jawabnya. Sbb sy lihat, tak ramai dah guna kompang life di kawasan rumah saya ni.

Bab PA Sistem pula, mula-mula nk booking PA Sistem kampeni Lan Kristal tp tarikh saya nanti dh fully booked la. Maklumlah, org lain semua rancang setahun awal. Saya je yg hegeh-hegeh 6 bulan. Tp takpe, ada hikmahnya. Hikmahnya apa? Haaaa…..ada yg nk sponsor PA system. Dapat jugak la saving sikit, kannnnn. Terima kasih banyak2 ye. Juruacara pun dh ada. Yeay!

Hmmm….ok la smpi sini dulu la kot. Nanti ada org meluat pulak, baca catatan peribadi mcm ni. Saya tak pandai nk kongsi tips atau teknik2 buat hantaran bagai. Tp kalau saya ada tips yg bernas yg belum lagi B2B yg lain kongsikan, saya tak keberatan kongsikan di sini.


Cuba jeling ticker yg tengah2 kat sebelah tu. Hari ni genap 8 tahun saya dan MNG.
Selamat Ulang tahun ke- 8 untuk saya dan MNG.

Buat MNG (teman, sahabat,kekasih),

terima kasih kerana menjadi teman yg memahami ~ sentiasa terbuka, menerimaku seadanya.

terima kasih kerana menjadi sahabat yg setia bsama dlm suka dan duka ~ menjadi saksi segala tawa dan airmataku dlm merentasi segala peristiwa, mendengar keluh kesah mulut becok ini bcerita pelbagai perkara.

dan terima kasih kerana menjadi kekasih yg menyayangiku setulusnya ~ menjadikanku sempurna pabila bersama.

Sunday, December 13, 2009

progress

at Sunday, December 13, 2009 2 comments

year end sale dtg lg...makanya saya kira inilah masanya yg sesuai untuk saya dan MNG membeli barang2 hantaran kami. oh ya, sebelum itu saya senaraikan barang2 hantaran kami:

barang hantaran untuk MNG:

1) sireh junjung
2) buku agama + sejadah
3) baju kemeja + tali leher
4) seluar slack + tali pinggang
5) set wangian + set mandian
6) jam tangan
7) kasut + stokin
8) kek
9) coklat + biskut

barang hantaran untuk saya:
1) tepak sireh
2) mas kawen + cincin
3) telekong + tafsir AQ
4) set wangian + set mandian
5) beg + kasut
6) jam tangan
7) buah-buahan


minggu lepas set wangian dan mandian untuk kami telah selamat dibeli. semalam, kami beli kasut + beg untuk saya. tak lupa juga, kasut untuk MNG. saya sgt suka kasut + beg itu. mcm sweet aje. tak sabar nk tgk ianya di hias di dulang hantaran. mcm tak sabar jugak nk tepek kat blog ni gmbr brg2 yg telah dibeli. tp mcm tak surprise pulak, kan. hehe.

hujung minggu ni kami akan teruskan aktiviti membeli-belah untuk barang2 lain pula. perancangan awal, mekap menjadi antara brg hantaran saya. tp saya minta MNG tukarkan ia dgn seutas jam tangan untuk saya. ini kerana saya sendiri tidak suka bermekap dan jarang menggunakan brg mekap. lgpun, jam tangan lebih tahan lama dr brg mekap. itu pendapat saya lah. pendapat org lain, ia mungkin perlu. terpulang pada citarasa masing2, kan.

hmmm, apa lg ye progress? duit deposit katering juga telah dibayar pada hari sabtu baru2 ini. minggu sebelumnya, katerer itu memberi kami food testing. alhamdulillah, sedap. maka saya tidak teragak-agak untuk terus booking tarikh dgn beliau. saya juga dah beri bonda MNG mencuba merasa masakan katerer ini tp keputusan masih belum dibuat oleh keluarga sebelah MNG. ini kerana lokasi kediaman MNG yg terletak agak jauh dr lokasi katerer. tp nama katerer atau senarai vendor akan saya maklumkan selepas majlis lah ye. boleh saya bg rate dan recommendation sekali nanti.

untuk baju, mekap dan pelamin pun kami dah pergi berbincang dan booking dgn kak andam pada awal disember. kak andam ini menamakan dirinya sebagai kak ros. kami ambil terus pakej dgn kak ros lps berbincang dan tengok pakej baju yg disediakan. ternyata pakej yg kami ambil masih dlm lingkungan bajet kami. pakej yg kami ambil adalah:

- sewaan 3 helai baju (nikah, sanding majlis sebelah P, sanding majlis sebelah L)
- mekap (3 kali)
- pelamin (majlis sblh P)

pada mulanya, kami merancang mahu menempah baju nikah tp lps fikir 40 kali dan bertanyakan pendapat pada ummi, kami mengambil keputusan untuk menyewa sahaja pakaian untuk nikah. sebelum kami bersepakat memilih kak ros sebagai vendor rasmi kami bg persalinan dan andaman, kami juga ada survey di tempat lain tetapi tiada vendor yg kami jumpa yg mampu memberi pakej dgn harga seperti yg ditawarkan oleh kak ros. tambahan pula, kak ros mahu membuatkan baju baru untuk kedua-dua belah majlis untuk kami. syukurrrr, sukaaaaa sgt. ye lah, dgn bajet yg boleh dikategorikan sbg ciput untuk 3 persalinan dan 3x mekap, pastinya saya tidak mengharapkan baju baru dibuat untuk saya. tetapi apabila kak ros sendiri menyatakan hasrat itu, saya teruja. kami juga telah berbincang berkenaan design baju kami dgn kak ros.

kami juga telah pun buat keputusan tentang warna tema:
saya - ungu kundang + putih
MNG - biru

insyaAllah petang ini, kami ada briefing dgn vendor utk kad kami.
harapnya semua berjalan spt yg dirancangkan.

kata seorang kawan saya, Rynna kepada saya:
" wedding ko lmbt lg, 5-6 bulan lg...tp dh byk benda ko buat eh"

hah? lmbt lg? tak la lmbt sgt kot. 5 bulan tu pun sekejap aje kot. ni pun dh tengah bulan 12. kalau dia bukak blog bride2be yg lain kat sini, dia dpt tau realiti sebenar. ada yg 1 tahun lg nk kawen pun dh buat perancangan mcm2. tak salah nak merancang awal, kan? ia lebih baik dr buat last minute. tak pening kepala, tak kelam kabut.

saya buat perancangan saya berkenaan majlis saya ni pun lps saya dh berjumpa dgn bonda MNG pada hari raya baru2 ini. sebelum ni, saya hanya rajin baca blog bride2be aje tp sekarang saya mencatat sendiri perjalanan yg saya lalui untuk persiapan majlis saya.

maklumlah, saya dan MNG urus sendiri semua urusan dan yg paling penting urusan kewangannya juga hasil simpanan kami sendiri. makanya, kami perlu merancang awal untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan masih dlm angka2 bajet kami.

oklah, sampai sini dulu. tadaaaa

Thursday, December 10, 2009

manis dan pahit

at Thursday, December 10, 2009 4 comments
salam...

bulan disember adalah bulan yg sgt sibuk bagi semua pekerja di jabatan saya bekerja. lazimnya, bulan disember lah org ramai2 cuti sbb nk habiskan cuti tp lain pula halnya bagi kami. bos kami dh bekukan cuti kami mulai 15hb hingga 31hb ni. sungguh hectic di opis. maka nak tulis blog pun blm blh nk curi2 masa kat opis. niat hati nak blogging kat rumah je tp bila dh balik rumah semua pc+laptop on dh mcm kat cyber cafe. maklumlah, musim cuti sekolah. semua adik2 saya yg kat ipt pun ada kat rumah. jd semua pun nk online.

maka hari ni baru lah saya dpt ambik giliran utk online. hehe.

apa yg saya nak citer eh?

oh ya, pada 5 disember lalu, saya dan MNG telah pun mengikat ikatan pertunangan dlm majlis yg cukup ringkas. mmg saya dan MNG hanya inginkan majlis ringkas dan simple utk pertunangan kami. lagipula, bonda MNG juga sarankan begitu. majlis ini hanyalah untuk membincangkan hal ehwal yg berkaitan perkahwinan kami. maka tiada kehadiran sahabat handai atau sanak saudara mara yg ramai, hanya kehadiran paklong sebagai wakil keluarga saya memandangkan dia pakcik saya yg paling tua. kehadiran paklong juga tiada dlm perancangan awal, kebetulan dia turun dr kedah ke KL untuk melawat anaknya yg baru bersalin. keluarga MNG pula berwakilkan makciknya kerana bonda saudaranya yg akan sarungkan cincin pada saya. menurut bonda MNG, memang bukan bakal mertua yg akan sarungkan cincin walau dia hadir bersama. tak kisahlah, mana2 pun ok aje.

tiada juga saya memasang khemah2 utk jamuan makan, hanya juadah minum2 petang aje. tiada juga baju khas + mekap, hanya pakai baju raya saya yg lalu. mujur muat lagi sbb bimbang juga bila ummi tanya saya pada hari tersebut, muat lg ke? manalah tau, kot dah lps raya ni dah tak muat. hahaha. lgpula baju raya saya itu saya beli siap bersaiz kanak-kanak.

selain cincin, keluarga MNG ada membawa tepak sireh, buah dan kek yg sgt2 sedap.

ketika org2 tua berbincang, saya hanya curi2 dengar dr dapur. bila dh habis bincang2 tu, ummi panggil saya keluar utk sarung cincin. berdebar juga saya. sbb ini adalah kali kedua saya berjumpa ayahbonda MNG. tambahan pula ada bonda saudara MNG, yg pertama kali bersua.

"long, muka tak berbedak langsung" bisik ummi saya.

"takpe lah," saya sengeh memberi alasan.

saya masih sengeh ketika saya keluar ke depan.

"ko ni, sengeh2 je" kata paklong. saya masih sengih2 lg. tak tau nk buat muka reaksi muka yg sesuai masa tu.

"ala, comeinyeeee" kata bonda saudara MNG kpd saya. hehehe. saya sengeh lg.

"mcm tak percaya aje bila tgk cincin kecik sgt, mmg comei je orgnya" tmbh bonda saudara MNG.

selesai menyarung cincin, mereka yg hadir dijemput makan dgn juadah minum petang yg tak seberapa itu. ummi menyuruh saya menelefon MNG yg dr awal duduk di dlm kereta untuk turut serta menikmati juadah minum petang tp dengan baik MNG menolak.

hihihi...tak sangka saya dh jd tunangan org. manis sekali. tp yg pahitnya, selesai sahaja keluarga MNG berangkat pulang, Paklong saya mempertikaikan tindakan saya yg tidak mahu menjemput sanak saudara hadir ke majlis pertunangan saya ini. bagi saya, tindakan saya tidak salah. bukan saya kahwin lari atau saya tidak menjemput mereka ke majlis perkahwinan saya nanti.

keluarga MNG juga faham dan kerana itu, tiada juga sanak saudara MNG yg turut serta perbincangan ini. saya cuma mahukan sesi perbincangan ini dihadiri keluarga terdekat dan supaya perbincangan ini menjadi ringkas dan dpt mencapai matlamatnya. mungkin disebabkan sepupu2 saya sebelum ini mmg buat majlis pertunangan yg siap pasang khemah+ada bj khas, maka tindakan saya membuat majlis kecil ini tanpa menjemput sanak saudara dianggap salah. biarlah.....semua org ada pendapat masing2 dan masing2 ada sebab2 tersendiri dlm membuat sesuatu perkara.

sehingga hari ini, tiada sahabat atau rakan sepejabat yg dapat menghidu saya kini berstatuskan tunangan org. cuma kamu yg baca blog saya saja saya tahu saya dah bertunang tapi saya tahu yg menjumpai blog url saya ini bukanlah terdiri dari rakan-rakan yg saya kenali di alam realiti, hanyalah rakan maya sahaja. bagi saya, cukuplah majlis pertunangan yg sederhana. apa yg lebih penting untuk difokuskan adalah perancangan perkahwinan dan self-improvement untuk lebih bersedia ke alam rumahtangga.

Sekadar meminjam petikan dr sebuah blog (tp saya tak ingat url dia):

Nabi Muhammad SAW ada mengingatkan kpd kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.



**** ada seperkara lg yg pahit - terjadi 2 hari sebelum kami bertunang,****kereta saya dirodok org di tmpt parking carrefour. huhuhu. lps balik keje, saya dan MNG nk singgah tgk2 barang hiasan hantaran di sebuah kedai. pahit sgt rasanya bila beg saya hilang. sbb didlmnya ada buku catatan saya berkenaan perancangan majlis saya dan pendrive 8GB yg memuatkan segala rujukan saya tentang perkahwinan yg saya kumpul sekian lama :(

Thursday, November 19, 2009

bertentangan pendapat tentang majlis

at Thursday, November 19, 2009 2 comments
salam...

dah lama saya tak update blog ini. bukan apa, seakan tiada mood utk catat di sini. sbbnya apa yg saya rancangkan utk majlis saya, tidak dipersetujui ummi saya.

1.saya tidak mahu buat majlis di rumah kerana tidak mahu susahkan sesiapa utk kemas2 rumah lps majlis lgpun rumah saya sederhana aje saiznya tp ummi mahu buat di rumah, ummi ckp buat apa nk malu rumah kite kecik.

2.saya mahukan pelamin (tiada acara renjis-renjis dipilis, hanya utk sesi bergambar bersama keluarga dan kawan2) tapi ummi tidak mahu pelamin di hari majlis saya kecuali kalau saya setuju utk pasang pelamin di dlm rumah (walau majlis bukan di rumah).

3.kata ummi, kalau saya tetap mahukan pelamin, ummi tidak bersetuju saya sewa pelamin. ummi cakap, letak kerusi aje dan kite hias sikit2 (kecuali kalau pelamin pasang di rumah, ummi setuju sewa pelamin)

4. saya ceritakan pada ummi tentang pakej yg saya dpt berkenaan baju+mekap+pelamin yg saya anggap berbaloi dan ada dlm bajet saya dan MNG kerana tidak mewah belanjenya tp ummi tidak setuju. ini kerana bg ummi pakej itu mahal dan membazir. saya keliru.


saya adukan pada sepupu saya (dgn niat bertanyakan pendapat kerana dia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada mei lalu) tp kata sepupu saya, turut sajelah kata2 ummi tu, mana ada wedding yg perfect. asalkan ummi gembira.

huwaaaaa.....saya buntu. bukan saya mahukan yg perfect. saya hanya mahukan yg sederhana dan menjadi kenangan saya seumur hidup. yg penting, saya tidak mahu susahkan sesiapa dari segi tenaga dan kewangan.

saya cuba berbincang dgn ummi berkenaan majlis saya nanti tp ummi seakan berkeras. ummi asyik katakan yg majlis anak2 kawan dia yg lain pun buat pelamin kat rumah walau kawen kat dewan. ummi kata, majlis kawen anak si polan tu kawen kat rumah, ok aje. rumah dia pun mcm rumah kite aje.

adakah saya tiada hak utk tentukan apa yg saya mahukan di hari majlis saya? ini semua bukan soal kos atau tak cukup bajet ummi bertindak seolah2 dia seorg yg sukar utk berbincang. ummi yg mudah dibawa berbincang sgt berbeza dr ummi yg saya kenal sblm saya bukak topik majlis kawen saya.

soal kewangan tiada masalah sbb awal2 lg saya dh beritahu yg saya mahu berkonsep sederhana dan tidak mahu usik pun duit ummi atau ayah saya. saya mmg tak faham. atau mmg ramai bakal pengantin menghadapi situasi bertentangan pendapat spt saya?

Monday, November 9, 2009

dewan atau rumah?

at Monday, November 09, 2009 3 comments
semalam ada borak2 dgn ummi tentang majlis saya nanti.

saya bercadang utk mengadakan majlis di dewan atas faktor2 berikut:

1) rumah saya cuma sederhana aje besar-keciknya
2) tidak mahu susah2 utk berkemas2 rumah
3) kemudahan parking
4) takut menganggu lalulintas jiran-jiran
5) takut jiran tidak selesa jika kami pasang p.a system


tapi....

ummi mahukan majlis saya dibuat di rumah sahaja. majlis saya nanti adalah majlis pertama keluarga kami memandangkan saya merupakan anak sulung. berdasarkan pemerhatian saya, majlis anak sulung atau anak bongsu ni lebih hangat dr biasa. maksud saya, meriah dia lain mcm. tetamu yg dtg pun lebih ramai. maklumlah, first time.

namun ummi seakan mahu juga mengadakan majlis saya di rumah. ummi kata, mahu simple2 aje. atau mungkin ummi ada alasan sendiri yg dia tidak mahu kongsikan dgn saya. saya pun bukanlah merancang majlis yg grand sgt pun, cukup hanya majlis yg teratur, tidak mahu kelam kabut dan tidak mahu susahkan tetamu yg dtg dr jauh dan dekat.

saya juga hanya mahu buat di dewan org main badminton aje pun. bukan dewan yg harga sewa cecah riban2.


saya tidak mahu mengecilkan hati ummi saya dgn menolak kemahuannya tapi dlm masa yg sama, saya mahukan majlis saya nanti teratur dan tidak mahu ada yg bermasam2 muka. atau mungkin pengalaman kalian buat di rumah, majlis kalian boleh aje berjalan dgn teratur spt yg dirancang?

di dewan atau di rumah saje?
 

aku dan cinta pertama Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez